PM ulangi kecaman sikap hipokrit dunia dalam isu Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ RTM

BANGI, 13 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengecam sikap hipokrit masyarakat antarabangsa yang melaungkan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia, namun gagal mempertahankan hak rakyat Palestin untuk menyuarakan perjuangan mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengutuk sikap hipokrit masyarakat antarabangsa yang memuji demokrasi tetapi gagal pertahankan hak rakyat Palestin.
  • Kegagalan tindakan sejajar dengan prinsip memperlihatkan percanggahan nyata dalam pendekatan antarabangsa terhadap isu Palestin.
  • Penderitaan rakyat Palestin perlu dinilai sebagai isu hak asasi manusia, bukan berdasarkan agama, bangsa atau latar belakang.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai kegagalan masyarakat antarabangsa yang memperlihatkan percanggahan antara prinsip yang dilaungkan dengan tindakan terhadap isu Palestin.

“Kita sering berbicara tentang demokrasi dan hak asasi manusia, namun hak untuk menyuarakan perjuangan rakyat Palestin pun tidak dibenarkan. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit dan kegagalan masyarakat antarabangsa.

“Saya sukar menerima perkara ini dan ingin menyatakan rasa jijik yang amat sangat terhadap orde antarabangsa sedia ada — orde yang bagaimana?” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara yang diadakan bersempena dengan Kongres Sumud Global 2026, di sini malam ini.

Datuk Seri Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara berkata penderitaan rakyat Palestin tidak seharusnya dinilai berdasarkan agama, bangsa atau latar belakang mereka, sebaliknya berasaskan hak setiap manusia untuk hidup bebas daripada penjajahan dan penindasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.