Enam negeri dijangka ribut petir hingga 10 pagi ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Oktober — Enam negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Senarai negeri terlibat: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Sabah.
  • Ribut petir dijangka membawa hujan melebihi 20 milimeter sejam dan berpotensi berterusan melebihi satu jam.
  • Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Manjung.

Di Sarawak, amaran melibatkan Kapit, Sri Aman, Serian, Pusa, Betong, Sebuyau, Gedong dan Simunjan.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terlibat ialah Kinabatangan, Tongod, Tawau, Kudat dan Kota Belud.

Menurut amaran yang dikeluarkan, ribut petir dijangka membawa hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam dan berpotensi berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.