Peruntukan Sarawak naik RM1.1 bilion

Foto RTM

KUCHING, 10 Oktober – Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak meningkat kepada RM16.2 bilion menerusi Belanjawan 2027, berbanding RM15.1 bilion tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak meningkat.
  • Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmen dan kenaikan peruntukan.
  • Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan diperkukuh melalui rundingan berterusan berteraskan persefahaman dan semangat setia kawan.
  • Kerjasama akan terus berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menaikkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak kepada RM16.3 bilion.

“Penghargaan juga diberikan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen itu,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini, hari ini.

Jelasnya, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan terus diperkukuh menerusi rundingan berterusan yang berteraskan persefahaman serta semangat setia kawan.

Kerjasama itu juga akan terus berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.