
terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer (KM) 52, Jalan Sri Aman-Kuching
SRI AMAN, 5 Oktober – Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer (KM) 52, Jalan Sri Aman-Kuching, pada petang Ahad.
- Kereta SUV dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching semasa kemalangan.
- Siasatan awal: penunggang motosikal di lorong kiri hilang kawalan lalu memasuki lorong kanan.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian; merupakan pelajar Tingkatan Empat SMK Matang Hilir, Kuching.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku ketika SUV berkenaan dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Kuching.
“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal yang bergerak di lorong kiri tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki lorong kanan.
“Mangsa kemudian dilanggar SUV berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Mangsa merupakan pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, Kuching.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.