
CYBERJAYA, 4 Oktober – Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) akan memperluas penglibatan masyarakat dalam sukan polo dan ekuestrian, khususnya bagi melahirkan lebih ramai bakat muda.
- RSPEC memperkasa usaha melalui program sukan, pendidikan dan komuniti untuk menarik penyertaan orang awam.
- Langkah itu menyokong pembangunan bakat baharu dan mengukuhkan ekosistem sukan berkuda di Selangor.
- Beliau menyatakan perkara itu pada Majlis Makan Malam Gala Diraja RSPEC sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.
- Sultan Selangor merasmikan Piala Kejohanan Polo Jubli Perak; turut hadir Sultan Pahang dan ahli keluarga diraja.
Presidennya, Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail berkata, usaha itu akan diperkasa menerusi pelbagai program sukan, pendidikan dan komuniti bagi menarik penyertaan orang awam.
Langkah berkenaan turut menyokong pembangunan bakat baharu, sekali gus mengukuhkan ekosistem sukan berkuda di Selangor.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gala Diraja RSPEC sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, malam tadi.
Pada majlis itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Piala Kejohanan Polo Jubli Perak Sultan Selangor yang akan berlangsung tahun hadapan.
Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.