Malaysia tunggu respons Indonesia tawaran aset bantu padam kebakaran

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 30 September – Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia berhubung tawaran penggunaan aset negara bagi membantu memadam kebakaran di wilayah terjejas akibat bencana itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan perkara itu ketika bertemu Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
  • Wisma Putra mengemukakan nota rasmi dan kerajaan meneruskan perbincangan melalui saluran rasmi serta dialog antara pimpinan.
  • Le Tour de Langkawi, F1 dan Kuala Lumpur Marathon dijangka diteruskan tertakluk keadaan; KBS mengesahkan F1 Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, baru-baru ini.

Beliau berkata, Wisma Putra turut menghantar nota rasmi kepada pihak Indonesia, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Pihak Wisma Putra belum lagi menerima maklum balas daripada nota yang telah dihantar oleh Wisma Putra kepada pihak Indonesia.

“Jadi kita masih mengikut saluran rasmi dan juga perbincangan secara langsung dan terus di antara pimpinan utama,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Mengulas mengenai jerebu, Datuk Seri Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, tiga acara besar yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober ini dijangka diteruskan, tertakluk kepada keadaan semasa.

Beliau berkata, acara berkenaan ialah Le Tour de Langkawi, Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain dan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon.

Bagi penganjuran F1 Malaysia, katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan ketika ini bahawa acara berkenaan akan diteruskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.