Amaran ribut petir di tiga negeri sehingga 1 tengah hari

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 22 September — Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah sehingga pukul 1 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas: Port Dickson, Seremban, Rembau (Negeri Sembilan); Alor Gajah, Melaka Tengah (Melaka); Tuaran, Putatan, Kota Kinabalu, Penampang (Sabah).
  • MetMalaysia keluarkan amaran apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
  • Amaran ini jangka pendek, sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Menurut MetMalaysia, di Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas membabitkan Port Dickson, Seremban dan Rembau, manakala di Melaka meliputi Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Di Sabah, amaran membabitkan kawasan Pantai Barat iaitu Tuaran, Putatan, Kota Kinabalu dan Penampang.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran itu adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.