Hidalgo dapat kelulusan FIFA, sedia wakili Harimau Malaya

Datuk Noor Azman Rahman / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 September – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo sah mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • FAM akan mengeluarkan senarai nama pemain dalam masa terdekat.
  • Perkembangan lanjut penyertaan Hidalgo diumumkan selepas urusan berkaitan dimuktamadkan.
  • Sebelum ini FAM mengesahkan kelayakan Bergson da Silva dan Brad Tapp.
  • Shane Lowry tidak dapat dipertimbang kerana mengalami kecederaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, kelulusan yang diterima semalam itu membuka peluang buat Hidalgo untuk disenaraikan bagi perlawanan antarabangsa akan datang.

“Kita akan keluarkan senarai nama dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media, di sini.

Menurut Datuk Noor Azman lagi, perkembangan lanjut berhubung penyertaan pemain itu bersama skuad kebangsaan akan diumumkan selepas urusan berkaitan dimuktamadkan.

Sebelum ini, FAM mengesahkan kelayakan dua lagi pemain JDT, Bergson da Silva dan Brad Tapp, manakala status Hidalgo masih dalam proses mendapatkan pengesahan.

Dalam perkembangan sama, Datuk Noor Azman berkata, pemain pertahanan Shane Lowry tidak dapat dipertimbang selepas mengalami kecederaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.