GPMS Perlis pergiat usaha bantu dekati pelajar secara berterusan

Foto RTM

KANGAR, 16 September – Seramai 100 peserta terdiri daripada mahasiswa, pelajar sekolah dan komuniti setempat terlibat menyertai program Jelajah Kasih Bersama Pelajar dan Komuniti sekitar Kampung Behor Temak, di sini, anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Perlis.

RINGKASAN BERITA AI
  • GPMS menjalankan usaha berterusan mendekati pelajar, menyampaikan maklumat bantuan dan program pendidikan kerajaan.
  • Interaksi bersama peserta membolehkan perbincangan isu buli, masalah kehadiran dan adab menuntut ilmu.
  • Pendekatan turun padang membantu kenal pasti pelajar kurang berkemampuan serta sumbangan barangan asas meringankan beban keluarga.

Menurut Pengarah Program, Abdullah Asyraf Rizal, pelaksanaan program ini antara usaha berterusan GPMS menyampaikan maklumat mengenai bantuan dan program pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

“GPMS juga berpeluang berkongsi dan serta berinteraksi bersama peserta yang hadir berkaitan masalah pelajar yang sering berlaku di sekolah termasuklah isu buli, masalah kehadiran pelajar serta adab dalam menuntut ilmu,” katanya menerusi kenyataan semasa Program Jelajah Kasih GPMS di Kampung Behor Temak di sini.

Tambahnya, Pendekatan turun padang bersama komunti memberi ruang kepada pihak GPMS untuk mengenalpasti pelajar yang kurang berkemampuan dan memahami keperluan mereka untuk meneruskan pendidikan ke tahap tertinggi.

Program Jelajah Kasih GPMS turut mendapat kerjasama Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar yang diwakili Pengerusinya, Mohd Jeffry Hassan.

Selain perkongsian ilmu, pihak GPMS turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan sebagai satu usaha meringankan beban meraka yang memerlukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.