
KUALA TERENGGANU, 12 September- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berjaya menangkap seekor gajah jantan liar yang berkeliaran di Kampung Kolam, Ajil, Hulu Terengganu sejak Khamis lalu.
- Enam anggota PERHILITAN Hulu Terengganu menjalankan operasi tangkapan selepas menerima aduan kehadiran gajah liar.
- Pemeriksaan mendapati gajah berada dalam keadaan stabil dan sihat.
- Pemantauan berterusan dijalankan; orang ramai dinasihati tidak menghampiri dan mengurangkan bunyi bagi mengelakkan tekanan pada gajah.
Operasi tangkapan dilakukan enam anggota PERHILITAN Hulu Terengganu selepas menerima aduan mengenai kehadiran gajah liar berkenaan di kawasan itu.
Hasil pemeriksaan mendapati gajah berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sihat.
PERHILITAN memaklumkan pemantauan berterusan dilakukan di lokasi sehingga operasi pemindahan gajah berkenaan dilaksanakan.
Orang ramai dinasihati supaya tidak menghampiri kawasan gajah ditambat dan memberikan ruang secukupnya kepada pihak PERHILITAN untuk menguruskan haiwan berkenaan.
Menurut PERHILITAN, kehadiran orang ramai serta bunyi bising dikhuatiri boleh menyebabkan gajah berkenaan mengalami tekanan.