SEKPUR gesa PDRM siasat dakwaan Abdul Hadi mengenai bantuan AS

Foto FB Shahbudin Embun

KUALA LUMPUR , 7 September – Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan berkenaan memiliki implikasi terhadap keselamatan, kestabilan politik serta kedaulatan negara.
  • Dicadangkan siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berhubung aktiviti yang mengancam sistem demokrasi berparlimen.
  • Mohon semak sama ada terdapat dana kepada PAS yang bertujuan menjatuhkan mana-mana kerajaan pada ketika itu.
  • Pihak polis dan kementerian diminta menyemak kembali aktiviti PAS yang didakwa terlibat; laporan dibuat di IPD Dang Wangi.

Pengerusi Biro Politik SEKPUR, Shahbudin Embon berkata kenyataan Pengerusi PAS itu mempunyai implikasi terhadap keselamatan, kestabilan politik serta kedulatan negara.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan susulan perbuatan atau aktiviti yang mengancam, menjejaskan, atau memudaratkan sistem demokrasi berparlimen negara.

“Laporan saya panjang. Saya telah katakan bahawa kami tidak mahu masuk campur, tetapi kami mahu kerajaan, di bawah Ketua Polis Negara, wajib meneliti perkara ini dari segala aspek.

“Kalau boleh, semak semula sama ada terdapat sebarang dana yang diberikan kepada PAS dengan tujuan untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan pada ketika itu.

“Selama ini, mereka sering mengemukakan hujah dan kata-kata penghinaan kepada PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Pihak polis dan kementerian perlu meneliti kembali aktiviti-aktiviti PAS itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.