
KAMPUNG GAJAH, 7 September – Enam individu cedera selepas dua kereta bertembung di Taman Seri Kampit, Kampung Gajah, pagi tadi.
- JBPM terima panggilan kecemasan pada 7.41 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
- Kemalangan membabitkan sebuah MPV dinaiki tiga lelaki dan sebuah kereta dinaiki tiga remaja perempuan.
- Pemandu Axia tersepit; anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan dan beri rawatan awal.
- Semua mangsa diserahkan kepada KKM untuk dihantar ke hospital; operasi membabitkan tujuh anggota tamat 8.47 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.41 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan MPV yang dinaiki tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an serta sebuah kereta dinaiki tiga remaja perempuan.
Beliau berkata, seorang remaja perempuan yang memandu Axia tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua lagi penumpang turut mengalami kecederaan.
“Tiga lelaki dalam kenderaan MPV pula mengalami kecederaan ringan dan trauma,” katanya.
Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan penyelamatan sebelum memberikan rawatan awal.
Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
Operasi membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah dan tamat pada 8.47 pagi.