Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti, kolej

Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 6 September – Kejayaan lebih 600 anak Orang Asli melanjutkan pengajian di universiti dan kolej di seluruh negara pada masa ini mencerminkan peningkatan ketara penyertaan komuniti berkenaan dalam pendidikan tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menekankan pendidikan sebagai instrumen penting meningkatkan mobiliti sosial masyarakat Orang Asli.
  • JAKOA diletakkan di bawah kementerian beliau; sasaran pengajian tinggi ditetapkan dan melebihi sasaran dalam dua tahun pertama.
  • Perluasan fokus kepada TVET dengan institusi khusus, contohnya Pusat Latihan Paya Bungor menempatkan 135 anak Orang Asli.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian tersebut merupakan hasil penekanan kerajaan terhadap pendidikan sebagai instrumen penting dalam meningkatkan mobiliti sosial masyarakat Orang Asli.

Pencapaian itu juga membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai keupayaan untuk terus maju, sekiranya diberi peluang dan sokongan.

“Ketika Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diletakkan bawah kementerian saya empat tahun lepas, sasaran awal ditetapkan supaya 200 anak Orang Asli berjaya memasuki institusi pendidikan tinggi.

“Pada tahun pertama, bukan sekadar 200 orang yang masuk ke universiti, tetapi jumlah itu melebihi 300 pada tahun berkenaan.

“Tahun kedua, cabaran itu saya tingkatkan kepada 300. Jelas bahawa pencapaian anak-anak Orang Asli yang masuk ke universiti meningkat kepada 401 orang pada tahun kedua,” katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity, di sini.

Beliau turut mengulangi gesaan agar usaha memperkasakan pendidikan masyarakat Orang Asli diperluas kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi penyediaan institusi khusus bagi komuniti berkenaan.

Antaranya di Pusat Latihan Paya Bungor, Maran, Pahang yang kini menempatkan 135 anak Orang Asli mengikuti program TVET.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.