JKM perlu perkasa perlindungan sosial, manfaat AI

Datuk Seri Dr Wan Azizah bergambar bersama tetamu pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-80 JKM/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 September – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu terus memperkukuh sistem perlindungan sosial negara bagi mendepani cabaran masyarakat yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI
  • Manfaatkan teknologi AI untuk meningkatkan kecekapan penyampaian kebajikan, namun sentuhan kemanusiaan mesti kekal keutamaan.
  • Tumpu memperkukuh institusi keluarga, melindungi kanak-kanak serta memperkasakan golongan rentan termasuk OKU dan warga emas.
  • Perlindungan kanak-kanak terjejas oleh cabaran siber, perlu pemerkasaan SOP dan latihan berterusan bagi petugas di lapangan.
  • JKM melalui Jabatan Pembangunan Kanak-kanak perlu memberi pendedahan dan latihan komprehensif kepada petugas tanpa pengalaman.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) wajar dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan, namun sentuhan kemanusiaan harus kekal menjadi keutamaan.

Tiga fokus utama perlu diberi perhatian, iaitu memperkukuh institusi keluarga, melindungi kanak-kanak demi masa depan negara serta memperkasakan golongan rentan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Menurut beliau, aspek perlindungan kanak-kanak kini turut berdepan cabaran baharu dalam alam siber, sekali gus memerlukan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta latihan petugas di lapangan diperkemas dari semasa ke semasa.

“Dalam aspek ini, JKM melalui Jabatan Pembangunan Kanak-kanak memainkan peranan penting. Perkemaskan SOP serta laksanakan latihan komprehensif buat petugas di lapangan kerana kadang-kadang petugas tiada pengalaman. Itu masalah juga. Kita kena beri mereka pendedahan dan pastikan penyampaian kita lebih berkesan,” katanya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-80 JKM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.