Serian, Samarahan, Kuching rekod IPU berbahaya setakat 12.45 tengah hari

Foto fail/ RTM

KUCHING, 30 Ogos – Keadaan jerebu di Sarawak semakin membimbangkan apabila beberapa kawasan kini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori berbahaya dan sangat tidak sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serian, Samarahan dan Kuching catat bacaan IPU bahaya pada 412, 332 dan 304 (setakat 12.45 tengah hari).
  • Sri Aman rekod kategori sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 228.
  • Lapan kawasan catat kategori tidak sihat: Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Samalaju, Miri dan ILP Miri.
  • Limbang kekal kategori sederhana dengan bacaan IPU 97.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 12.45 tengah hari, tiga kawasan merekodkan bacaan IPU pada kategori berbahaya iaitu Serian 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).

Sri Aman pula merekodkan bacaan pada kategori sangat tidak sihat iaitu 228.

Sementara itu, lapan kawasan merekodkan bacaan pada kategori tidak sihat iaitu Sarikei 197, Sibu (190), Kapit (161), Mukah (176), Bintulu (183), Samalaju (175), Miri (159) dan ILP Miri (165).

Manakala Limbang masih berada pada kategori sederhana dengan bacaan 97.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.