
SERDANG JAYA, 18 Ogos – Kedah muncul juara acara kabaddi lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas menewaskan tuan rumah Selangor 29-28 dalam aksi final sengit di Stadium MBSJ, hari ini.
- Kedah mengekalkan kelebihan 11-9 pada separuh masa pertama.
- Selangor cuba bangkit pada babak kedua, namun Kedah kekal tenang untuk memastikan kemenangan.
- Dalam saingan wanita, Selangor menewaskan Wilayah Persekutuan 34-33.
- Perak meraih gangsa wanita, manakala Wilayah Persekutuan bawa pulang gangsa lelaki selepas tewaskan Perlis 52-24.
Kemenangan tipis satu mata itu menyaksikan Kedah berjaya mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat selepas mendahului 11-9 pada separuh masa pertama.
Selangor cuba bangkit pada babak kedua, namun Kedah kekal tenang untuk memastikan kemenangan sekali gus membawa pulang pingat emas.
Dalam saingan wanita, Selangor turut mencipta kejayaan selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 34-33 dalam aksi final yang berlangsung sebelum itu.
Perak meraih gangsa wanita selepas menundukkan Terengganu 36-25, manakala Wilayah Persekutuan membawa pulang gangsa lelaki selepas menewaskan Perlis 52-24.