
CANBERRA, 18 Ogos – Jepun menegaskan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan kekal kritikal bagi keamanan serta kestabilan serantau ketika persekitaran keselamatan semakin mencabar.
- Koizumi berkata hubungan tiga hala penting kerana Tokyo berdepan persekitaran keselamatan paling rumit sejak era pascaperang.
- Kenyataan itu dibuat dalam sidang media bersama Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, semasa lawatan Koizumi ke Australia.
- Pertemuan berlangsung beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump mengkritik Korea Selatan mengenai bantuan dalam konflik dengan Iran.
- Marles menegaskan Australia kekal bimbang terhadap program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara sebagai punca utama cabaran keselamatan serantau.
Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi berkata, hubungan tiga hala itu penting memandangkan Tokyo kini berdepan persekitaran keselamatan yang disifatkan paling rumit sejak era pascaperang.
Koizumi berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, di sini, sempena lawatannya ke Australia.
Pertemuan Koizumi dan Marles berlangsung beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump mengkritik Korea Selatan kerana tidak membantu Washington dalam konflik dengan Iran.
Trump turut memuji hubungannya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Ketika diminta mengulas kenyataan Trump itu, Marles menegaskan, negaranya kekal bimbang terhadap program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
“Korea Utara kekal menjadi antara punca utama cabaran keselamatan yang dihadapi rantau berkenaan.
“Kami secara konsisten menyatakan pendirian itu,” katanya. – AFP