Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 3 negeri hingga 4 petang ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 17 kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran hingga pukul 3 petang bagi enam kawasan Kedah: Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Langkawi.
  • Di Pulau Pinang, amaran sehingga pukul 3 petang melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.
  • Tujuh kawasan Perak terlibat sehingga pukul 3 petang: Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk.
  • Amaran hingga pukul 4 petang bagi empat kawasan Perak: Batang Padang, Muallim, Kampar dan Kinta. Sah tidak melebihi enam jam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, amaran sehingga pukul 3 petang membabitkan enam kawasan di Kedah iaitu Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Langkawi.

Di Pulau Pinang, amaran melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Sementara itu, tujuh kawasan di Perak turut terlibat iaitu Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak serta Bagan Datuk.

Bagi amaran sehingga pukul 4 petang, empat kawasan di Perak dijangka mengalami cuaca sama iaitu Batang Padang, Muallim, Kampar dan Kinta.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.