Nahas dihempap lori tangki: Jenazah dua beranak selamat dikebumi

Saifulnizam Sulaiman (berbaju putih) menyiram air atas pusara isteri dan anak lelaki tunggalnya / Foto orang awam

TEMERLOH, 17 Ogos – Jenazah dua beranak yang maut dalam nahas membabitkan kereta dan lori tangki di Jalan Temerloh-Triang, berhampiran Kampung Lebak, Jumaat lalu, selamat dikebumikan pukul 2.30 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya Muhamad Fattah Aisy Naufal, 12, dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang.
  • Suami Saifulnizam Sulaiman kelihatan sugul semasa menyiram air di pusara isteri dan anaknya.
  • Jenazah dituntut di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah selepas pengesahan identiti melalui ujian DNA selesai.
  • Nahas berlaku apabila lori tangki bermuatan diesel hilang kawalan, menghentak dan menghempap kereta sebelum terbakar, menyebabkan kematian kedua-dua mangsa.

Jenazah Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39 tahun dan anak lelakinya, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12 tahun, dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini.

Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39 tahun, kelihatan sugul ketika menyiram air di pusara isteri dan anaknya selepas kedua-duanya selamat dikebumikan.

Sebelum itu, jenazah dituntut keluarga di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada pukul 10 pagi, selepas proses pengesahan identiti melalui Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) selesai.

Pada Jumaat lepas, kedua-dua mangsa maut selepas lori tangki bermuatan diesel hilang kawalan, kemudian menghempap kereta dinaiki mereka lalu terbakar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.