Fenomena gerhana matahari penuh hari ini

Foto AFP

PARIS, 12 Ogos – Siang bakal ‘bertukar’ malam dalam tempoh singkat di seluruh kawasan utara Sepanyol pada Rabu, susulan fenomena gerhana matahari penuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laluan gerhana bermula di utara Rusia, kemudian melintasi Greenland, Iceland, Sepanyol dan bahagian utara Portugal.
  • Di Sepanyol, fasa penuh berlangsung kurang dua minit sebelum matahari terbenam; fasa separa kira-kira satu jam 45 minit.
  • Fenomena jarang itu pertama kali dilihat di tanah besar Eropah sejak kira-kira dua dekad; Malaysia berada di luar jalur pandangan.

Fenomena yang jarang berlaku itu menyaksikan bulan menutupi matahari, pertama seumpamanya dapat dilihat di tanah besar Eropah, kali terakhir ia disaksikan dua dekad lalu.

Di Malaysia, gerhana matahari penuh tidak dapat dilihat kerana berada di luar kawasan ia boleh disaksikan.

Pada 12 Ogos, kawasan terpencil di utara Rusia bakal menjadi lokasi pertama yang menyaksikan gerhana matahari penuh.

Laluan liputan penuh itu kemudiannya akan melintasi Greenland, Iceland, Sepanyol dan laluan di bahagian paling utara Portugal.

Bagi pemerhati di Sepanyol, fenomena gerhana matahari penuh ini akan berlangsung kurang dua minit sebelum matahari terbenam.

Tempoh ini akan berlangsung sedikit lebih lama di beberapa bahagian di Rusia dan Greenland.

Bagaimanapun, fasa gerhana separa akan berlangsung kira-kira satu jam 45 minit.

Gerhana separa ini juga boleh dilihat di sebahagian besar Eropah, Kanada, bahagian utara Amerika Syarikat dan barat laut Afrika.

Di Sepanyol, pergerakan fenomena berkenaan secara kasarnya bermula dari bandar utara Oviedo hingga ke pulau Mallorca.

“Walaupun matahari adalah kira-kira 400 kali lebih besar daripada bulan, jaraknya juga adalah kira-kira 400 kali lebih jauh,” menurut Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Jelasnya, fenomena gerhana matahari juga tidak menyebabkan bumi kehilangan graviti.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.