HKETO buka lebih banyak kerjasama ekonomi, pelaburan Malaysia-Hong Kong

Kerjasama berkenaan termasuk dalam sektor perdagangan, pasaran modal serta hubungan perniagaan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur dijangka membuka ruang lebih banyak kerjasama ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Hong Kong.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeteraian 10 MoU menerusi kempen 'Think Business, Think Hong Kong' melibatkan sektor perdagangan dan media.
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan rakan Hong Kong memeterai MoU pengiktirafan bersama serta penyenaraian silang ETF dan REIT.
  • Harapan memperkukuh hubungan melalui peningkatan penerbangan terus dan kemudahan perjalanan antara kedua destinasi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerjasama berkenaan termasuk dalam sektor perdagangan, pasaran modal serta hubungan perniagaan.

“Momentum kerjasama dapat dilihat menerusi pemeteraian 10 memorandum persefahaman (MoU) menerusi kempen “Think Business, Think Hong Kong”antaranya melibatkan sektor perdagangan dan media.

“Kedua-dua ekonomi turut menerima perkembangan positif dalam pasaran modal apabila Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong memeterai memorandum persefahaman (MoU) berkaitan pengiktirafan bersama dan penyenaraian silang dana yang diliputi, khususnya dana dagangan bursa (ETF) dan amanah pelaburan hartanah (REIT),” katanya dalam ucapan bersempena Majlis Perasmian Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO).

Beliau turut berharap hubungan Malaysia-Hong Kong dapat diperkukuh menerusi peningkatan penerbangan terus serta perjalanan yang lebih mudah antara kedua-dua destinasi.

HKETO Kuala Lumpur merupakan pejabat ekonomi dan perdagangan luar negara Hong Kong yang ke-15 di peringkat global dan keempat di rantau ASEAN selepas Singapura, Jakarta dan Bangkok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.