
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan melanda selatan Sumatera, Indonesia pada Ahad malam kira-kira 11.15 malam
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa bumi magnitud 5.3 dikesan pada koordinat 6°S, 102.4°E dengan kedalaman 78 kilometer.
- Lokasi episentrum 239 kilometer barat daya Pagar Alam, Indonesia.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami bagi Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi bermagnitud 5.3 dikesan pada koordinat enam selatan dan 102.4 timur dengan kedalaman 78 kilometer.
“Lokasi gempa bumi terletak di 239 kilometer Barat Daya dari Pagar Alam, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut METMalaysia menerusi kenyataan.