MotoGP: Grand Prix Britain kekal dalam kalendar hingga 2028

Litar Silvertone di Britain menjadi medan perlumbaan MotoGP dan F1 – Foto AFP

LONDON, 7 Ogos – Grand Prix (GP) Britain akan terus kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia MotoGP sekurang-kurangnya sehingga musim 2028.

RINGKASAN BERITA AI
  • MotoGP melanjutkan perjanjian dengan Litar Silverstone bagi musim akan datang.
  • GP Britain kembali diadakan di Silverstone pada 2010 selepas 24 tahun tidak dianjurkan di situ.
  • Perlumbaan GP Britain musim ini dijadual pada Ahad sebagai pusingan ke-12 daripada 22 perlumbaan.
  • Ketua MotoGP Carmelo Ezpeleta puji warisan perlumbaan UK dan rekod 11 pemenang berbeza tunjuk kualiti serta daya saing Silverstone.

MotoGP melanjutkan perjanjian dengan Litar Silverstone yang akan terus menjadi tuan rumah perlumbaan itu bagi musim 2027 dan 2028.

GP Britain kembali diadakan di Silverstone pada 2010 selepas 24 tahun tidak dianjurkan di litar yang turut menjadi gelanggang perlumbaan Formula One (F1) itu.

Perlumbaan GP Britain musim ini dijadual berlangsung pada Ahad sebagai pusingan ke-12 daripada 22 perlumbaan dalam kalendar MotoGP.

Ketua Pegawai Eksekutif Silverstone, Stuart Pringle, berkata, lanjutan perjanjian itu membuktikan komitmen litar berkenaan terhadap perlumbaan sukan permotoran.

“Lanjutan kerjasama ini mengukuhkan kedudukan Silverstone sebagai destinasi utama perlumbaan antarabangsa bertaraf elit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MotoGP, Carmelo Ezpeleta menegaskan, United Kingdom mempunyai warisan perlumbaan motosikal yang tinggi dan kekal sebagai antara pasaran paling penting buat MotoGP.

“Silverstone menyediakan pentas yang hebat untuk MotoGP. Rekod 11 pemenang berbeza dalam 11 GP terakhir yang berlangsung di litar ini membuktikan kualiti, daya saing dan sifat perlumbaan yang sukar dijangka,” tambah beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.