Trump ‘serang’ El-Sayed

Foto AFP

LAS VEGAS, 6 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, melancarkan serangan lisan ke atas calon Senat AS bagi Parti Demokrat di Michigan, Abdul El-Sayed, dengan melabelnya sebagai komunis serta menuduhnya membenci kaum Yahudi dan Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengkritik keputusan primer Demokrat Michigan, berkata kemenangan El-Sayed lebih tipis daripada dijangka.
  • Trump meramalkan Dr El-Sayed, 41, akan tewas kepada calon Republikan Mike Rogers pada pilihan raya umum November.
  • El-Sayed menang pencalonan Demokrat, menumpu kepada penjagaan kesihatan, ekonomi, dan hentikan bantuan ketenteraan AS tanpa syarat kepada Israel.

Sewaktu berucap dalam satu perhimpunan di Nevada pada Rabu, Trump mengkritik keputusan pilihan raya primer Parti Demokrat di Michigan yang berlangsung sehari sebelumnya.

“Lelaki ini membenci kaum Yahudi. Dia tidak menyayangi Israel mahupun orang Yahudi, dia membenci mereka,” dakwa Trump tanpa mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhannya itu.

Trump turut mendakwa kemenangan El-Sayed adalah lebih tipis daripada yang dijangkakan dan meramalkan doktor berusia 41 tahun itu bakal tewas kepada calon Parti Republikan, Mike Rogers, dalam pilihan raya umum November nanti.

El-Sayed memenangi pencalonan Parti Demokrat pada Selasa menerusi kempen yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan, ekonomi, dan penghentian bantuan ketenteraan tanpa syarat AS kepada Israel.

Persaingan ini dianggap sangat kritikal bagi Parti Demokrat untuk menguasai semula Senat AS.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.