Serangan terbaharu Israel gegar selatan Lubnan

Gambar fail REUTERS

BEIRUT, 6 Ogos – Serangan udara dan bedilan artileri terbaharu dilancarkan tentera Israel kembali menggegarkan wilayah selatan negara itu sepanjang malam hingga pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi rasmi Lubnan laporkan kematian pertama tentera Israel dalam tempoh lebih sebulan akibat serangan.
  • Perundingan tajaan AS di Rom berlangsung untuk mengurus penarikan balik berperingkat tentera Israel dari selatan Lubnan.
  • Serangan menyasarkan daerah Tyre; empat serangan udara di Burj al-Shamali mencederakan sekurang-kurangnya empat individu.
  • Kawasan Mansouri diserang bedilan artileri dan kereta kebal selepas amaran pemindahan; Kementerian Kesihatan sahkan sekurang-kurangnya seorang terkorban.

Agensi berita rasmi Lubnan berkata serangan terbabit turut meragut kematian pertama tentera Israel dalam tempoh lebih sebulan.

Serangan berlaku ketika wakil Israel dan Lubnan sedang menyertai perundingan tajaan Amerika Syarikat (AS) di Rom bagi menguruskan penarikan balik tentera Israel secara berperingkat dari selatan Lubnan.

“Serangan bertalu-talu tentera Israel menyasarkan daerah Tyre. Sebanyak empat serangan udara di bandar Burj al-Shamali telah mencederakan sekurang-kurangnya empat individu,” katanya.

Sementara itu, kawasan Mansouri turut menjadi sasaran bedilan artileri dan kereta kebal selepas amaran pemindahan dikeluarkan kepada penduduk tempatan.

Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan sekurang-kurangnya seorang terkorban dalam siri serangan pada Rabu.

Tentera Israel mendakwa tindakan ketenteraan tersebut diambil berikutan pelanggaran gencatan senjata oleh kumpulan Hizbullah.

Israel turut mengesahkan dua anggota simpanan mereka terkorban pada Rabu iaitu kematian tentera zionis yang pertama di Lubnan sejak 28 Jun lalu.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.