Tujuh maut dalam serangan terbaharu di Gaza

Foto AFP

GAZA CITY, 2 Ogos- Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza pada Sabtu, sehari selepas Hamas menyatakan persetujuan terhadap fasa terbaharu perjanjian bagi menamatkan perang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan Israel menyebabkan kerosakan terhadap bekalan perubatan hospital dan beberapa gudang bekalan perubatan.
  • Serangan udara menyasarkan bumbung bangunan dan kawasan berhampiran farmasi, mengakibatkan kematian dan kecederaan.
  • Kementerian Kesihatan Palestin lapor dua gudang musnah, dua lagi rosak teruk dan klinik pesakit luar turut terjejas.

Pihak berkuasa Gaza memaklumkan serangan itu turut menyebabkan kerosakan terhadap bekalan perubatan sebuah hospital.

Serangan itu berlaku selepas Hamas mengumumkan persetujuan terhadap fasa terbaharu perjanjian yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang antaranya melibatkan penyerahan senjata oleh Hamas serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza.

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmoud Basal berkata tujuh orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam beberapa serangan di seluruh Gaza sejak awal pagi Sabtu.

Beliau berkata, dua mangsa maut dan beberapa lagi cedera selepas serangan udara Israel menyasarkan sebuah bumbung bangunan di barat daya Gaza City.

Hospital Al-Shifa turut mengesahkan dua kematian akibat serangan berkenaan.

Dalam kejadian berasingan, dua lagi terbunuh dan beberapa individu cedera selepas serangan Israel berhampiran sebuah farmasi di barat laut Gaza City.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan serangan tersebut memusnahkan dua daripada empat gudang bekalan perubatan, selain menyebabkan kerosakan teruk terhadap dua gudang lain serta klinik pesakit luar berhampiran. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.