
ALOR SETAR, 1 Ogos – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan menyempurnakan majlis perasmian Temasya Orang Kedah (TOK) 2026 yang berlangsung di sini malam tadi.
- Baginda menyaksikan persembahan warisan dan kebudayaan yang dipersembahkan semasa majlis.
- Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Menteri Besar Kedah dan Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara.
- TOK 2026 bertema 'Warisan Disemarak, Kedah Dimartabat' menarik ratusan ribu pengunjung dan penyertaan pameran antarabangsa.
Baginda turut berkenan menyaksikan persembahan warisan dan kebudayaan yang disajikan pada majlis perasmian berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara, Mohd Amran Mohd Haris.
Sebelum majlis bermula, Raja Muda Kedah berkenan meninjau ke reruai-reruai antaranya pameran kebudayaan, permainan tradisional serta pesta makanan dan cita rasa warisan orang Kedah.
TOK 2026 dengan tema ‘Warisan Disemarak, Kedah Dimartabat’ menyaksikan kehadiran ratusan ribu pengunjung serta penyertaan luar negara menerusi penganjuran pameran.
TOK 2026 berlangsung selama empat hari bermula 30 Julai hingga 2 Ogos di perkarangan Stadium Darul Aman.