SAR daif tidak dipinggirkan – PM

Foto FB ANWAR IBRAHIM

PORT DICKSON, 30 Julai – Keadaan fizikal Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebahagiannya daif terus diberi perhatian oleh kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited memperkukuh pendidikan SAR tanpa mengganggu kurikulum agama sedia ada.
  • Peruntukan untuk SAR dipulihkan mulai 2023 selepas bantuan dihentikan sejak 2003.
  • Pelajar SAR perlu didedahkan kepada teknologi maklumat dan kecerdasan buatan supaya tidak ketinggalan.
  • Perdana Menteri menyampaikan kenyataan itu pada majlis Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, dihadiri Menteri Besar Aminuddin Harun.

Komitmen itu dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain berusaha memperkukuh pendidikan di institusi berkenaan tanpa mengganggu kurikulum agama sedia ada.

Jelas beliau, kerajaan Persekutuan juga telah mengembalikan peruntukan kepada SAR mulai 2023 selepas bantuan berkenaan dihentikan sejak 2003.

Datuk Seri Anwar berucap demikian pada majlis Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tambah Datuk Seri Anwar, pelajar SAR juga perlu didedahkan kepada teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) supaya mereka tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

“Pendidikan agama perlu terus diperkukuh seiring perkembangan ilmu dan teknologi,” ujarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.