Laksana pembudayaan sains, teknologi dan inovasi secara inklusif

Majlis Peluncuran Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Sarawak/Foto RTM

KUCHING, 30 Julai – Pembudayaan sains, teknologi dan inovasi perlu dilaksana secara inklusif.

RINGKASAN BERITA AI
  • MOSTI memberi peluang dan akses kepada golongan Orang Kurang Upaya dalam inisiatif pembudayaan sains.
  • Kementerian akan terus melaksanakan pelbagai program pembudayaan sains untuk capaian masyarakat lebih luas.
  • Objektif memberi pendedahan kepada lebih ramai masyarakat terhadap bidang STEM.
  • Inisiatif bertujuan merancakkan pembangunan ekonomi berasaskan inovasi.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu memaklumkan, usaha itu termasuk memberi peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Untuk itu, kementerian akan terus melaksanakan pelbagai program pembudayaan sains.

“Objektifnya, memastikan lebih ramai masyarakat mendapat pendedahan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Ia juga bertujuan merancakkan pembangunan ekonomi berasaskan inovasi,” katanya berucap pada Peluncuran Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Sarawak, di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Seri Roland Sagah Wee Inn.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.