Laporan RCI TH cerminan komitmen kerajaan terhadap ketelusan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Julai – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan syor RCI secara berperingkat untuk memperkukuh tadbir urus, pematuhan syariah dan memastikan kelestarian operasi Tabung Haji.
  • Reformasi didukung prestasi kewangan kukuh serta pengiktirafan antarabangsa seperti Anugerah Labaytum Diamond 2026.
  • Sokongan penuh agensi agama agar TH kekal mampan, dipercayai umat Islam dan cemerlang dalam pengurusan haji serta pulangan kepada pendeposit.

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan berkata, laporan itu menjadi peluang memperkukuh institusi TH agar terus diyakini pendeposit serta kekal sebagai peneraju pengurusan haji negara.

Jelasnya, sepanjang lebih enam dekad penubuhannya, TH memainkan peranan penting dalam menguruskan simpanan dan urusan haji jutaan rakyat Malaysia, sekali gus menjadi model pengurusan dana Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Syor-syor yang dikemukakan menerusi RCI sedang dilaksanakan secara berperingkat bagi memperkukuh tadbir urus, memastikan pematuhan syariah serta menjamin kelestarian operasi institusi itu.

“Pembaharuan yang dilaksanakan turut disokong prestasi kewangan TH yang kukuh serta pengiktirafan antarabangsa menerusi kejayaan meraih Anugerah Labaytum Diamond 2026 daripada Kerajaan Arab Saudi secara konsisten.

“Sehubungan itu, seluruh agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan sokongan penuh agar TH terus mampan, dipercayai umat Islam dan kekal cemerlang dalam pengurusan haji serta memberikan pulangan terbaik kepada para pendeposit,” katanya menerusi kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.