
NEW DELHI, 26 Julai – Gerakan protes belia di India bersetuju menamatkan demonstrasi selepas mengadakan rundingan dengan kerajaan pada Sabtu, menurut jurucakap gerakan berkenaan.
- Menteri Pendidikan Dharmendra Pradhan mengumumkan peletakan jawatan melalui hantaran di platform X.
- Jurucakap Cockroach Janta Party, Ashutosh Ranka, berkata semua tuntutan diterima dan menyeru penunjuk perasaan pulang dengan aman.
- Protes besar belia tercetus akibat kebocoran kertas peperiksaan, memberi tekanan kepada kerajaan Modi dan mengganggu sidang Parlimen.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Pendidikan India, Dharmendra Pradhan, mengumumkan peletakan jawatannya menerusi hantaran di platform X.
Jurucakap Cockroach Janta Party (CJP) yang diterajui aktivis Ashutosh Ranka berkata, semua tuntutan mereka telah diterima dan menyeru para peserta protes supaya pulang ke rumah secara aman.
“Semua tuntutan kami telah diterima,” katanya pada sidang media sambil meminta penunjuk perasaan “kembali ke rumah dengan aman”.
Perkembangan itu dilihat sebagai kemenangan besar buat golongan belia yang mengadakan protes jalanan berhubung isu kebocoran kertas peperiksaan, yang sebelum ini menjadi cabaran serius kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Demonstrasi jalanan terbesar di India dalam beberapa tahun kebelakangan ini itu semakin memberi tekanan kepada kerajaan Modi apabila beberapa pemimpin pembangkang menyatakan sokongan kepada golongan muda terbabit serta mengganggu perjalanan sidang Parlimen.
Protes berkenaan tercetus susulan kemarahan terhadap isu kebocoran kertas peperiksaan yang didakwa menjejaskan peluang calon muda dalam sistem pendidikan dan pengambilan pekerja di India. – REUTERS