PM seru golongan muda manfaat NTW tingkat kemahiran diri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh hari ini/Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM, 25 Julai — Perdana Menteri menyeru masyarakat khususnya golongan muda agar terus meningkatkan keupayaan diri bagi menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • NTW 2026 memperkasa peserta melalui reskilling dan upskilling untuk meningkatkan kebolehpasaran serta pendapatan.
  • Program ditawarkan menerusi ribuan kursus dan ratusan penyedia latihan di seluruh negara membuka peluang latihan meluas.
  • NTW bukan sekadar latihan ia adalah wadah untuk menambah kemahiran dan memperluas ruang dalam pasaran pekerjaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2026 menjadi platform penting untuk memperkasa mereka menerusi latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) sekali gus meningkatkan kebolehpasaran serta pendapatan.

“Anak muda hari ini harus mencapai prestasi yang lebih baik daripada generasi kami, baik dalam bidang pendidikan, pekerjaan mahupun pendapatan.

“Justeru anak muda perlu memanfaatkan peluang latihan dan peningkatan kemahiran yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta pendapatan, sekali gus memastikan negara terus memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kemuncak NTW 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut menggesa golongan muda memanfaatkan sepenuhnya penganjuran NTW dengan menyertai pelbagai program latihan yang ditawarkan.

NTW 2026 yang berlangsung sehingga esok menawarkan sebanyak 8,682 kursus menerusi penglibatan 1,619 penyedia latihan di seluruh negara.

Setakat ini, lebih 674,818 penyertaan direkodkan menyertai NTW 2026.

Beliau berkata, NTW bukan sekadar program latihan, sebaliknya menjadi wadah untuk memberi peluang kepada rakyat meningkatkan kemahiran serta membuka lebih banyak ruang dalam pasaran pekerjaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.