Juara dunia ONE Championship: ‘Syabas Aliff, Malaysia berbangga’ – PM

Aliff Rakib membawa pulang bonus kemenangan berjumlah USD50,000 (kira-kira RM204,565) selain tali pinggang kejuaraan/Foto IG Aliff Rakib

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Aliff Rakib atas kejayaannya melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama muncul juara dunia ONE Championship.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar: kejayaan mengharumkan negara, membuktikan anak muda Malaysia ada keupayaan, keberanian dan iltizam.
  • Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi anak muda mengejar cita-cita dengan tekad, disiplin dan semangat juang; tiada yang mustahil.
  • Syabas, Aliff. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini.
  • Aliff, 22, menewaskan legenda Muay Thai Sam-A Gaiyanghadao dengan KO pusingan kelima di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah membuktikan anak muda Malaysia mempunyai keupayaan, keberanian dan iltizam untuk bersaing serta mencipta kejayaan di pentas dunia.

“Semoga pencapaian bersejarah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar cita-cita dengan tekad, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Yakinlah, tiada yang mustahil apabila usaha disertai kesungguhan dan tawakal,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Perdana Menteri turut menyifatkan kejayaan Aliff sebagai kebanggaan negara.

“Syabas, Aliff. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” katanya.

Aliff Rakib, 22, melakar sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama menjuarai gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, menerusi kemenangan knockout (KO) pada pusingan kelima.

Aliff muncul rakyat Malaysia pertama menjuarai gelaran dunia ONE Championship/Foto OneChampionship

Kemenangan itu diraih dalam perebutan Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight di Stadium Lumpinee, Bangkok, pada Jumaat, sekali gus menghadiahkan Malaysia gelaran dunia pertama dalam sejarah ONE Championship.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan Aliff tali pinggang kejuaraan dunia interim, malah bonus kemenangan berjumlah AS$50,000 (kira-kira RM204,565).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.