Program KasihnITa sasar bantu ibu tunggal di seluruh negara

Datuk Seri Nancy Shukri

KUCHING, 19 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan seramai 5,000 ibu tunggal di seluruh negara menerima manfaat menerusi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Membantu ibu tunggal supaya tidak tercicir daripada arus pembangunan dan menerima sokongan diperlukan.
  • Melahirkan masyarakat lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan melalui pemberian ilmu dan kemahiran kepada ibu tunggal.
  • Menjadikan program sebagai platform mendengar cabaran ibu tunggal bagi menambah baik bentuk bantuan disalurkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program berkenaan.

“Tujuan utama kita adalah untuk membantu golongan ibu tunggal supaya tidak tercicir daripada arus pembangunan. Sebenarnya, masih ramai yang belum mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

“Kita mahu melahirkan masyarakat yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan, selain memastikan mereka mempunyai ilmu serta kemahiran untuk membantu diri sendiri dan keluarga demi kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 Peringkat Negeri Sarawak di sini.

Program berkenaan turut menjadi platform kepada kementerian untuk mendengar sendiri cabaran yang dihadapi golongan ibu tunggal, sekali gus menambah baik bentuk bantuan yang disalurkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.