Lelaki direman empat hari disyaki miliki peluru pelbagai jenis tanpa permit

Foto RTM

KANGAR, 18 Julai – Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini berhubung penemuan 205 butir peluru hidup pelbagai jenis tanpa permit sah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rashidah Azmi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
  • Suspek ditahan semasa serbuan 5 Julai lalu di sebuah kediaman di Pangsapuri Terinai.
  • Pemeriksaan menjumpai kotak hitam di bawah almari serta 39 butir SME Ordnance 9mm dan 18 butir 5.56mm Ball M193.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Rashidah Azmi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek ditahan semasa serbuan dilakukan 5 Julai lalu di sebuah kediaman di Pangsapuri Terinai, di sini.

Hasil serbuan membawa kepada penemuan sebuah kotak hitam berisi peluru yang disembunyikan di bahagian bawah almari.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan 39 butir peluru jenis SME Ordnance 9mm ball di dalam kotak lutsinar serta 18 butir peluru 5.56mm Ball M193 di dalam sebuah kotak lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.