MBI salur RM348,500 perkasa sukan Selangor

Foto RTM

SHAH ALAM, 16 Julai – Usaha memperkasa sukan negeri terus dipergiat apabila Yayasan Menteri Besar Selangor (MBI) menyalurkan RM348,500 kepada 16 penerima sebagai sokongan persiapan ke pentas kompetitif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yayasan MBI terus komited menyokong pembangunan sukan negeri dan atlet kurang perhatian.
  • SRG bersedia untuk Piala Dunia E-Sukan di Paris, menyasarkan layak ke pentas akhir dan mengejar kejuaraan.
  • RM100,000 disalurkan kepada SRG, Persatuan Memanah dan Persatuan Ragbi Selangor untuk memperkukuh persediaan dan pembangunan sukan.

Bantuan itu dijangka mempertingkat persiapan mereka bagi menghadapi kejohanan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Bantuan itu dijangka memperkukuh persiapan mereka bagi menghadapi kejohanan di dalam serta luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG) kini berada pada tahap persiapan terbaik menjelang penyertaan dalam Piala Dunia E-Sukan (EWC) di Paris.

“SRG menyasarkan sekurang-kurangnya layak ke pentas final, sekali gus memburu kejuaraan berdasarkan rekod cemerlang mereka sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor menegaskan pihaknya akan terus komited membantu pembangunan sukan di Selangor termasuk menyokong atlet yang kurang mendapat perhatian.

“Bantuan tersebut bukan sahaja meringankan beban kewangan penerima, malah menjadi suntikan semangat untuk mereka membuat persiapan lebih rapi bagi menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,”katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Ketua Yayasan MBI di sini hari ini.

Tambahnya, Yayasan MBI akan terus memperkasa pembangunan sukan negeri menerusi sokongan berterusan kepada atlet dan persatuan.

Sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama Selangor dan negara.

Daripada jumlah keseluruhan, RM100,000 disalurkan kepada pasukan SRG bagi persiapan ke EWC di Paris.

Manakala Persatuan Memanah Selangor dan Persatuan Ragbi Selangor turut menerima RM100,000 masing-masing bagi memperkukuh pembangunan sukan berkenaan.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan pembangunan sukan terus diperkasa serta membuka lebih banyak peluang kepada atlet negeri mencipta kejayaan di pentas dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.