Jimmy-Su Yin lakar kejutan besar di Terbuka Jepun

Foto BERNAMA

TOKYO, 16 Julai – Beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin mencipta kejutan besar apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Jepun 2026 selepas menyingkirkan pasangan pilihan keenam kejohanan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gandingan di ranking ke-118 mencatat keputusan 23-21, 24-22 dalam perlawanan 53 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.
  • Mereka kini menunggu pemenang antara Korea Selatan dan wakil Denmark untuk saingan suku akhir.
  • Perseorangan lelaki Leong Jun Hao tersingkir pada pusingan kedua tewas kepada Christo Popov 21-16, 11-21, 17-21.
  • Beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal menewaskan pasangan China, tewas 14-21, 7-21.

Gandingan ranking ke-118 dunia itu mempamerkan aksi penuh keyakinan untuk menundukkan pasangan nombor enam dunia tersebut menerusi kemenangan 23-21, 24-22 dalam pertarungan selama 53 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kemenangan berharga itu mengesahkan slot Jimmy-Su Yin ke kelompok lapan terbaik dan mereka kini menanti pemenang pertemuan antara pasangan Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong dengan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje bagi aksi suku akhir.

Bagaimanapun, kemaraan perseorangan lelaki negara terhenti apabila Leong Jun Hao tersingkir pada pusingan kedua selepas tewas kepada pemain pilihan kelima dari Perancis, Christo Popov.

Leong Jun Hao yang bermula baik sebelum ini terpaksa akur selepas tewas 21-16, 11-21, 17-21 dalam aksi tiga set.

Turut menamatkan cabaran di pusingan kedua ialah beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang gagal mengekang pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin selepas tewas 14-21, 7-21.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.