Produk sejuk beku bernilai RM6.2 juta dirampas di Miri

ebih 61 tan produk sejuk beku berasaskan daging babi bernilai RM6.2 juta dirampas/Foto PDRM

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Operasi bersepadu membabitkan tiga agensi penguat kuasa berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan produk makanan sejuk beku tanpa permit di Miri, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 61 tan produk sejuk beku berasaskan daging babi bernilai RM6.2 juta dirampas.
  • Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan; kompaun RM25,000 dikeluarkan mengikut Ordinan Kesihatan Awam Veterinar.
  • PDRM melaksanakan 201 serbuan, menahan 375 individu dan merekodkan rampasan keseluruhan RM264.86 juta sehingga 10 Julai 2026.

Serbuan itu membawa kepada rampasan lebih 61 tan produk makanan sejuk beku berasaskan daging babi bernilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), CP Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan Seksyen 9(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, manakala kompaun berjumlah RM25,000 turut dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan 201 serbuan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Julai 2026.

“Polis telah menahan 375 individu dan merekodkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM264.86 juta,” katanya.

Menurut beliau, rampasan itu melibatkan pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, makanan sejuk beku, hidupan liar serta sisa elektronik (e-waste).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.