KUSKOP, agensi lulus pinjaman lebih RM25.27bil kepada usahawan dan koperasi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah meluluskan pembiayaan lebih RM25.27 bilion kepada 847,653 usahawan dan koperasi seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembiayaan diluluskan sejak 2024 hingga 31 Mei lalu.
  • Pembiayaan membantu PKS dan koperasi tingkat modal pusingan, kembangkan kapasiti, baiki premis serta peralatan perniagaan.
  • Keberkesanan skim diukur melalui prestasi pembayaran balik usahawan.
  • NPF dilaporkan secara berasingan; TEKUN 9.69%, SME Bank 10.49%, Bank Rakyat 1.93%, AIM 0.01%.

Pembiayaan berkenaan dilakukan sejak tahun 2024 hingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata pembiayaan berkenaan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi meningkatkan modal pusingan, mengembangkan kapasiti perniagaan, menambah baik premis dan peralatan perniagaan.

Beliau berkata keberkesanan skim pembiayaan kepada usahawan dan koperasi dinilai melalui prestasi pembayaran balik pembiayaan oleh usahawan.

“KUSKOP tidak menetapkan purata Non Performing Financing (NPF) secara keseluruhan bagi semua agensi pembiayaan. Prestasi NPF ini diukur dan dilaporkan secara berasingan oleh setiap agensi berdasarkan pembiayaan masing-masing. Secara umumnya, terdapat agensi yang menetapkan sasaran purata NPF di bawah 10 peratus,” katanya.

“Setakat Mei 2026, TEKUN Nasional merekodkan kadar purata NPF sebanyak 9.69 peratus, manakala SME Bank dan Bank Rakyat masing-masing merekodkan kadar purata NPF sebanyak 10.49 dan 1.93 peratus. Kadar NPF bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebanyak 0.01 peratus,” jelas beliau lagi.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula, 39 PKS telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM18.5 juta.

Beliau memaklumkannya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat ketika wakil Batang Sadong, Rodiyah Sapiee meminta KUSKOP menyatakan keberkesanan skim pembiayaan di bawah agensinya dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berkembang serta jumlah usahawan yang berjaya meningkatkan hasil perniagaan sejak tahun 2024.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.