500 pek darah disasar sempena Kempen Derma Darah HTF

Foto RTM

KANGAR, 6 Julai – Sebanyak 500 pek darah disasarkan menerusi Kempen Derma Darah Khas selama 9 hari bermula 3 Julai lepas di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kempen bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perlis, tema "Setitis Darah, Demi Kemanusiaan, Derma Darah Selamatkan Nyawa".
  • Selepas tiga hari pelaksanaan, sebanyak 249 pek darah berjaya dikumpul, mencerminkan sokongan masyarakat.
  • Sambutan memberi penghargaan kepada penderma yang sentiasa membantu Kementerian Kesihatan khususnya HTF.
  • 500 pek cenderahati mengandungi barangan dan kupon menarik disediakan untuk mereka yang tampil menderma.

Pelaksanaan kempen berkenaan bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perlis bertemakan “Setitis Darah, Demi Kemanusiaan, Derma Darah Selamatkan Nyawa”.

Menurut kenyataan Pegawai Perubatan jabatan berkenaan, Dr Mohd Siddqi Abidin, setakat tiga hari pelaksanaannya, sejumlah 249 pek darah berjaya dikumpul.

“Keprihatinan dan sokongan masyarakat untuk tampil menderma darah bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa ketika berlakunya kes kecemasan, malah dapat menampung stok bekalan darah untuk keperluan luar jangka,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan Sambutan Hari Penderma Darah ini bagi memberi penghargaan kepada penderma darah yang sentiasa membantu Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya di HTF dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit memandangkan kes kecemasan yang memerlukan pendermaan darah semakin meningkat.

“500 pek cenderahati yang mengandungi pelbagai barangan serta pelbagai kupon menarik disediakan kepada mereka yang tampil menderma darah,” jelasnya lagi.

Program kali ini turut mendapat sokongan Ahli Lembaga Pelawat HTF, Annura Clinic, Yayasan Tuanku Syed Putra, UMNO Bahagian Kangar serta pelbagai penyumbang lain termasuk kepimpinan kerajaan negeri serta syarikat korporat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.