
KUALA LUMPUR, 1 Julai – Usaha memperkukuh kedudukan kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), diteliti kerajaan termasuk meningkatkan peruntukan tahunan serta elaun anggota suruhanjaya tersebut.
- Kerajaan meneliti usaha memperkukuh kedudukan kewangan SUHAKAM termasuk meningkatkan peruntukan tahunan dan elaun anggota.
- Timbalan Menteri M. Kulasegaran memaklumkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan sedang dijalankan.
- Perkara telah dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan perbincangan khusus mengenai peningkatan elaun sedang diadakan.
- Penjelasan itu diberikan semasa sesi soal lisan menjawab soalan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran memaklumkan perbincangan bersama Kementerian Kewangan sedang dilaksana.
“Perkara itu telah dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan saya difahamkan ada beberapa perbincangan untuk meningkatkan elaun tersebut kerana peranan yang dimainkan suruhanjaya itu sangat penting,”katanya pada sesi soal lisan menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim di Dewan Rakyat.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan juga akan meneliti cadangan meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 (Akta 597), bagi membolehkan suruhanjaya itu menjana sumber pendapatan tambahan sendiri menerusi pelaksanaan latihan serta latihan berkaitan.