Kesiapsiagaan keselamatan Melaka pada tahap tertinggi hadapi PRN

Simulasi selama dua hari bagi memperkemas semua prosedur operasi sebelum PRN

TANJUNG BIDARA, 1 Julai – Kesiapsiagaan pihak keselamatan di Melaka berada pada tahap tertinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan awal simulasi ketenteraman awam dijalankan untuk menilai dan memperkemas prosedur operasi menjelang PRN.
  • Simulasi dua hari membolehkan setiap kelemahan dikenal pasti dan diperbaiki bagi meningkatkan kesiapsiagaan.
  • Latihan melibatkan 395 pegawai, anggota serta wakil MKN, SPR, JBPM, APM dan KKM.
  • Perasmian penutup Latih Awal Ex Undi PRN ke-16 Melaka 2026 disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan ia berdasarkan latihan awal simulasi ketenteraman awam yang dilaksana pihaknya bersama pelbagai agensi keselamatan di negeri ini.

“Simulasi selama dua hari itu untuk memperkemas semua prosedur operasi sebelum PRN dengan setiap kelemahan yang dikenal pasti sepanjang latihan akan diperbaiki agar tahap kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik.

“Selain PDRM, simulasi berskala besar itu melibatkan 395 pegawai, anggota serta wakil pelbagai agensi turut melibatkan Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Kementerian Kesihatan,”katanya selepas Perasmian Penutup Latih Awal Ex Undi Per Pilihan Raya ke-16 Negeri Melaka 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.