Piala Dunia FIFA : Tunisia – Jepun jadi perlawanan ke-1,000

Pengadil dari Romania, Istvan Kovacs / Foto fail Reuters

FLORIDA, 18 Jun – Pengadil dari Romania, Istvan Kovacs, telah dilantik untuk mengendalikan perlawanan ke-1,000 dalam sejarah Piala Dunia FIFA membabitkan Tunisia dan Jepun bagi aksi Kumpulan F yang akan berlangsung di Stadium Monterrey pada 20 Jun nanti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kovacs, 40, akan dibantu dua rakan senegaranya, Ferencz Tunyogi dan Mihai Marica sebagai penolong pengadil.
  • Juan Calderon dan Juan Carlos Mora dari Costa Rica bertugas sebagai pegawai keempat dan penolong pengadil simpanan.
  • Kovacs mengadili final Liga Juara-Juara antara Paris Saint-Germain dan Inter Milan di Munich pada 31 Mei.
  • Pelantikan Kovacs dianggap pengiktirafan terhadap pengalaman dan reputasinya di pentas bola sepak antarabangsa.

Perlawanan bersejarah tersebut akan menjadi satu lagi detik penting dalam sejarah panjang kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.

Kovacs, 40, akan dibantu dua rakan senegaranya, Ferencz Tunyogi dan Mihai Marica, sebagai penolong pengadil, sementara Juan Calderon dan Juan Carlos Mora dari Costa Rica masing-masing bertugas sebagai pegawai keempat perlawanan dan penolong pengadil simpanan.

Pengadil berpengalaman itu turut mengendalikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Paris Saint-Germain dan Inter Milan di Munich pada 31 Mei lalu.

Sebelum ini, beliau juga diberi kepercayaan mengadili perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah 2022 serta perlawanan akhir Liga Europa 2024 yang menemukan Atalanta dan Bayer Leverkusen.

Pelantikan Kovacs bagi mengendalikan perlawanan bersejarah tersebut dilihat sebagai pengiktirafan terhadap pengalaman dan reputasinya di pentas bola sepak antarabangsa. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.