
LABUAN, 17 Jun – Majlis Sambutan Maal Hijrah 2026 Peringkat Labuan berlangsung sederhana, namun penuh makna.
- Tema majlis: "Madani Dihayati, Ummah Diberkati".
- Majlis dimulakan dengan Doa Akhir Tahun dipimpin Ustaz Muhammad Sahrum Samlan, diikuti Doa Awal Tahun selepas azan Maghrib.
- Tazkirah khas Maal Hijrah disampaikan Ustaz Nawawi Ejal sebagai pengisian rohani menyambut 1448 Hijrah.
- Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan di Masjid Al-Sultan Abdullah, Kampung Sg. Bedaun dengan kira-kira 300 jemaah dan pemimpin tempatan.
Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan berlangsung di Masjid Al-Sultan Abdullah, Kg. Sg. Bedaun kira-kira 6.00 petang semalam, dengan kehadiran kira-kira 300 jemaah.
Bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun yang dipimpin Imam Masjid, Ustaz Muhammad Sahrum Samlan, diikuti Doa Awal Tahun selepas azan Maghrib.
Usai solat Maghrib, jemaah mengikuti tazkirah khas Maal Hijrah yang disampaikan Ustaz Nawawi Ejal sebagai pengisian rohani sempena kedatangan tahun baharu Islam 1448 Hijrah.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Ismail Tuan Abdullah, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki, selain ketua-ketua jabatan, ketua kampung dan wakil masyarakat setempat.