Tiada ancaman tsunami susulan gempa di Mindanao petang ini – METMalaysia

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 yang berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 2.15 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan pusat gempa berada pada koordinat 5.3 darjah utara, 125.2 darjah timur.
  • Kedalaman gempa dianggarkan 10 kilometer.
  • Gegaran dilaporkan kira-kira 142 km selatan Koronadal City, Filipina.
  • METMalaysia menjalankan pemantauan berterusan untuk menilai sebarang perkembangan lanjut.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.3d darjah utara dan 125.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut jabatan itu, lokasi gegaran adalah kira-kira 142 km selatan dari Koronadal City, Filipina.

MetMalaysia berkata pemantauan berterusan sedang dijalankan dari semasa ke semasa bagi menilai sebarang perkembangan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.