
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pos Malaysia Berhad melancarkan setem khas sempena Visit Malaysia 2026 sebagai usaha menyokong kempen tersebut di peringkat domestik dan antarabangsa. sebagai usaha menyokong kempen tersebut di peringkat domestik dan antarabangsa.
- Timbalan Menteri Pelancongan Chiew Choon Man berkata setem ini meraikan agenda nasional dan mengangkatnya sebagai medium merakam identiti, warisan serta aspirasi negara.
- Setem kecil mampu membawa mesej besar tentang identiti, warisan dan keunikan negara, menurut kenyataan beliau.
- Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohamad Amirul Rizal dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia Fiona Liao.
- Setem menampilkan maskot rasmi VM2026 Wira dan Manja dijual di 90 Biro Filateli, 13 Pejabat Pos Besar, pejabat terpilih dan kedai dalam talian.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan Chiew Choon Man, usaha ini bukan sahaja meraikan agenda nasional, malah mengangkat setem sebagai medium yang merakam identiti, warisan dan aspirasi negara
“Walaupun kecil saiznya, sekeping setem mampu membawa mesej yang besar tentang identiti, warisan dan keunikan sesebuah negara kepada dunia.
Saya percaya setem khas ini akan menjadi simbol yang bermakna dalam usaha mempromosikan Malaysia kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika Majlis Peluncuran Setem Kempen Melawat Malaysia di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohamad Amirul Rizal Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao
Produk yang menampilkan maskot rasmi Kempen VM2026, iaitu Wira dan Manja itu boleh didapati mulai hari ini di 90 Biro Filateli di seluruh negara, termasuk 13 Pejabat Pos Besar, pejabat pos terpilih serta menerusi kedai dalam talian Pos Malaysia, selagi stok masih ada.