10 terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Gaza

Gaza terus dibedil Israel walaupun gencatan senjata dikuatkuasakan Oktober tahun lalu. Foto/AFP

GAZA, 8 JUN – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh di Gaza dalam episod terbaharu serangan Israel pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan pertama menyasarkan kenderaan berhampiran sekolah Al-Buraq, membunuh empat orang.
  • Serangan udara ke atas balai polis Al-Noss di Al-Mawasi, Khan Yunis membunuh lima dan mencederakan 17.
  • Tentera laut Israel menembak mati seorang nelayan tanpa sebab munasabah; sejak gencatan senjata 10 Oktober, 961 rakyat Palestin terbunuh.

Agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan, serangan pertama menyasarkan kenderaan berhampiran sekolah Al-Buraq di barat Gaza yang mengorbankan empat orang.

Satu lagi serangan udara Israel menyasarkan balai polis di kawasan Al-Noss di daerah Al-Mawasi di barat Khan Yunis membunuh lima orang dan mencederakan 17 yang lain.

Dalam kejadian berasingan, tentera laut Israel menembak mati seorang nelayan tanpa sebab munasabah.

Siri keganasan tentera haram Israel itu turut membunuh 12 rakyat Palestin pada Sabtu atas alasan mereka menyerang kubu Hamas.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober tahun lalu, sekurang-kurangnya 961 rakyat Palestin telah terbunuh. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.