
ISKANDAR PUTERI, 7 Jun – Johor perlu terus menjadi negeri contoh, dalam menarik pelaburan dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat.
- Menjadikan Johor negeri contoh melalui tarikan pelaburan dan penciptaan peluang pekerjaan bagi rakyat.
- Bangsa Johor mesti mampu membina masa depan di bumi sendiri: belajar, bekerja, memiliki rumah dan membina keluarga.
- Pelbagai formula akan dilaksanakan untuk PRN Johor termasuk menyusun gerak kerja lebih kukuh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu membolehkan anak muda Johor merasai limpahan manfaat ekonomi.
“Janji kita jelas, Bangsa Johor mesti mampu membina masa depan di buminya sendiri. Bangsa Johor mesti boleh belajar di Johor, bekerja di Johor, memiliki rumah di Johor, membina keluarga di Johor dan mencipta kehidupan yang lebih baik di Johor.
“Johor mesti terus menjadi negeri contoh, iaitu negeri yang bukan sahaja menarik pelaburan, tetapi juga mencipta peluang pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional di Stadium Tertutup Educity di sini.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga memaklumkan, pelbagai formula akan dilaksanakan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk menyusun gerak kerja lebih kukuh.