Tiada pembubaran DUN Melaka dalam masa terdekat

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan tiada pembubaran DUN Melaka dalam masa terdekat/Foto RTM

TANJUNG BIDARA, 5 Jun – Tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri akan meneruskan pentadbiran seperti biasa sehingga tempoh diumumkan, fokus pada urusan-urusan kerajaan yang perlu diselesaikan.
  • Melaka tidak terkesan dengan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan; akan menghantar jentera bantu persiapan PRN di kedua-dua negeri.
  • Ketua Menteri tidak tertekan oleh desakan pembubaran, ada perkiraan dan aturan sendiri serta tidak akan 'menari mengikut muzik' pihak lain.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri akan meneruskan pentadbiran seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut beliau, Melaka tidak terkesan dengan sebarang perkembangan politik yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan, malah akan menghantar jentera bagi membantu persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) di kedua-dua negeri itu.

“Saya tidak tertekan dengan mana-mana pihak yang mendesak supaya Melaka membubarkan Dewan Undangan Negeri kerana saya mempunyai perkiraan dan aturan-aturan yang perlu diselesaikan mengikut pentadbiran dan urusan-urusan kerajaan yang perlu diselesaikan dulu.

Kita tidak mahu melihat mengikut muzik yang dimainkan oleh orang lain. Kita tak akan menari mengikut muzik-muzik mereka. Rentak mereka, rentak mereka… rentak Melaka, rentak Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.