MCMC kompaun 8 individu sebar berita palsu krisis bekalan global

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun terhadap lapan individu berjumlah RM200,000 kerana menyebarkan maklumat palsu berkaitan krisis bekalan global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 600 hantaran palsu dikesan, termasuk dakwaan palsu mengenai harga bahan api dan situasi di Selat Hormuz.
  • Setiap individu dikenakan kompaun RM25,000; lima kes dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
  • Majlis Media mula Mekanisme Aduan Fasa 2 wajibkan aduan melalui platform rasmi; Tabung Kasih@HAWANA bantu 768 penerima sejak 2023.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, setiap individu dikenakan kompaun RM25,000, manakala lima kes telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

“Lebih 600 hantaran palsu dikesan sehingga 6 Mei lalu, termasuk dakwaan tidak benar berkaitan harga bahan api dan situasi di Selat Hormuz.

“Ini menunjukkan ancaman serius disinformasi dalam landskap media semasa. Media perlu terus berperanan sebagai benteng utama menangkis berita palsu,” katanya pada Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di sini.

Dalam usaha memperkukuh tadbir urus media, Majlis Media Malaysia (MMM) melaksanakan Mekanisme Aduan Fasa 2 bermula 8 April lalu, yang mewajibkan semua aduan dibuat melalui platform rasmi.

Sehingga 31 Mei, sebanyak 13 aduan diterima, dengan 11 daripadanya telah diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, Tabung Kasih@HAWANA telah memberi manfaat kepada 768 penerima sejak 2023, melibatkan sumbangan keseluruhan RM2.24 juta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.